Bekas peledak berbisa barcalona, Samuel moto mengumumkan bahawa beliau akan mengakhiri kariernya sebagai pemain bolasepak profesional setelah 22 tahun menikmati kaier yang penuh warna warni dalam arena bolasepak dunia.
Beliau telah memberikan petunjuk tentang langkah tersebut menurusi “posting’ di laman instagram rasmi milik beliau yang berbunyi ‘Tamat, menuju cabaran baru, terima kasih semua.’

Nama Samuel Eto’o bukanlah asing dalam arena bolasepak dunia,di dalam kariernya beliau telah meraih pelbagai kejuaraan antaranya merangkul kejuaraan liga juara juara eropah sebanyak 3 kali, dua kali bersama barcalona dan sekali bersama inter Milan.
Sepanjang kariernya beliau telah pun berjaya menjaringkan lebih daripada 350 gol bersama kelab-kelab yang di sertainya.
Di peringkat antarabangsa juga,beliau tidak kurang hebatnya, beliau telah berjaya membawa negaranya cameroon, menjuarai kejuaraan tersohor benua Afrika, iaitu piala negara-negara Afrika buat dua edisi berturut-turut bersama pada tahun 2000 dan 2002. Beliau juga pernah membawa negaranya itu merangkul pingat emas sukan olimpik tahun 2000 yang berlangsung di Sydney, Australia.

Samuel Eto’o juga pernah dikaitkan dengan pasukan Johor Darul Takzim, apabila kelab tersebut menerusi pemiliknya Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan telah membuat tawaran untuk menyertai juara piala afc 2014 itu, namun Tunku Ismail terpaksa menghentikan usahanya itu apabila Eto’o meminta gaji yang terlalu tinggi.
